| PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
senarai pengumuman terkini

DIMAKLUMKAN, CAPAIAN BAGI PERAKAM WAKTU ONLINE DAN PERMOHONAN CUTI ONLINE UPM BOLEH DICAPAI DI LAMAN SESAWANG

e-Punchhttp://perakamwaktu1.upm.edu.my/gologin.do 

e-Cuti  : http://ecuti.upm.edu.my/login.php 

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan, Portal Putra UPM kini boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sistem aplikasi melalui satu antara muka.

Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my) merupakan inisiatif Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM bagi menyediakan kemudahan capaian atau ‘access gateway’ ke sistem aplikasi Universiti dengan menerapkan teknologi pengesahan (authentication) UPM-ID Single Sign-On (SSO).

Dengan adanya Putra Portal UPM, konsep “Single Sign-On (SSO)” diamalkan, dimana capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dapat dibuat dengan menggunakan single ID (UPM-ID) dan paparan juga mesra peranti mudah alih.

 Untuk makluman semua, sebanyak 21 sistem aplikasi telah menggunapakai konsep SSO, yang boleh dicapai melalui Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Sebanyak 32 sistem aplikasi lain yang masih belum menggunapakai konsep SSO boleh juga dicapai pantas melalui ikon "NON SSO" pada Portal Putra UPM (http://portal.upm.edu.my). 

 Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk iDEC (03 8947 1990) atau email idec_helpdesk@upm.edu.my 

 Sekian, terima kasih.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil maklum akan status wabak COVID-19 berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini turut mengambil kira saranan dari KKM berkaitan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

Justeru pihak pengurusan UPM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua program universiti (persidangan/seminar/bengkel/syarahan awam/syarahan inaugural/kursus/ceramah/forum) termasuk di peringkat PTJ  atau apa-apa aktiviti secara berkumpulan. Takrifan berkumpulan bukan hanya mengambil kira faktor jumlah tetapi ianya dilihat secara keseluruhan iaitu mengambil kira faktor latar belakang peserta, lokasi dan tempoh masa program. Penangguhan ini berkuat-kuasa serta merta sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana mengambil kira keselamatan pegawai UPM dan masyarakat umum.

Warga UPM turut dinasihatkan mengambil langkah pencegahan sebagaimana yang telah dimaklumkan pada hebahan sebelum ini.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sekian,terima kasih.

NOTIS PENUNDAAN AKTIVITI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM PELAJAR

Selaras dengan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19, dimaklumkan bahawa semua aktiviti akademik dan kokurikulum pelajar akan DITANGGUHKAN bermula 14 Mac hingga 5 April 2020 (Dipanjangkan sehingga cuti pertengahan semester yang akan bermula dari 6 hingga 12 April 2020). Tindakan ini adalah langkah pencegahan penularan wabak dalam kampus Universiti Putra Malaysia.
Arahan ini melibatkan semua tutorial, sesi praktikal sama ada di dalam atau di luar kelas serta semua aktiviti kokurikulum pelajar daripada mana-mana entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Manakala untuk kuliah, semua kuliah akan dijalankan secara maya dan para pelajar dibenarkan untuk mengikuti kelas maya sama ada dari dalam atau luar kampus.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus dan didoakan semoga situasi ini akan bertambah baik secepat mungkin.

Terima kasih

Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)                                                        
dan                        

Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdKAw~