Latihan Fire Drill | ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» NEWS » Latihan Fire Drill

Latihan Fire Drill

PKKSSAAS, 9 Oktober 2018  -  Sekali lagi mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan (Evacuation Drill) telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program bertujuan mendedahkan dan sebagai latihan kepada staf tindakan yang perlu diambil sekiranya kecemasan benar-benar berlaku. Disamping itu ia turut bertujuan melatih petugas-petugas Pasukan Tindakan Cemas PTJ (ERT PTJ) menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan sempurna mengikut prosedur .


Tuan Hj. Anuar Ahmad selaku Komander Insiden Pasukan Tindakan Cemas PTJ (ERT PTJ) dan Encik Muhammad Mokhtar Abdul Rahman selaku Setiausaha JKKP PTJ  telah mengadakan perbincangan dan membahagikan tugas kepada setiap ahli tindakan yang perlu diambil semasa simulasi latihan berlaku.


Simulasi kebakaran bermula pada jam 3.00 petang dengan dipantau oleh 2 orang staf daripada Unit Bantu Mula, Simulasi dimulakan dengan pelepasan asap dan loceng kecemasan kebakaran dibunyikan dengan seorang mangsa terperangkap. Simulasi turut dibantu staf dari Pusat Kesihatan UPM yang memberikan bantuan kecemasan kepada staf.


Simulasi tamat kira-kira sejam kemudian dan secara keseluruhan En.Hasmi Sulaiman dari Unit Bantu Mula UPM berpuashati dengan kelancaran  dan tahap pemahaman petugas-Petugas Pasukan Tindakan Cemas PTJ (ERT PTJ) dalam mengendalikan situasi.

Date of Input: 31/10/2018 | Updated: 07/11/2018 | akma

MEDIA SHARING

ARTS AND CULTURAL CENTER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 8946 7327
+603 - 8946 7328
C1542082417