Mencari Belia Yang Mampu Berfikiran Kritis Dan Kreatif | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Mencari belia yang mampu berfikiran kritis dan kreatif

Mencari belia yang mampu berfikiran kritis dan kreatif


2 Mac 2020 Panggung Percubaan, UPM berlangsungnya pertandingan Debat Belia Interkolej UPM 2020 atau DEBIT2020. Ia merupakan pertandingan debat yang dianjurkan oleh Sekretariat Akademik dan Sahsiah (AKASIA) Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Kelab Debat Bahasa Melayu UPM (KDBM Putra) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Selain penyertaan kolej kediaman UPM, pertandingan ini turut terbuka kepada pasukan daripada institusi pengajian tinggi dalam negeri Selangor yang lain. Pertandingan debat belia ini diadakan bertujuan untuk mencari belia belia yang mampu berfikiran kritis dan kreatif dalam membincangkan sesuatu isu tanpa menyentuh perkara sensitif. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat bakat belia yang mampu berkomunikasi dengan yakin dan baik di khalayak ramai terutamanya dalam membincangkan isu isu semasa.

Pertandingan ini sudah semestinya diharapkan dapat memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada belia malah kepada masyarakat dan negara.

Date of Input: 09/03/2020 | Updated: 09/03/2020 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETUAW~