Menyemarakkan Semangat Keusahawanan Siswa | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
» NEWS » Menyemarakkan semangat keusahawanan Siswa

Menyemarakkan semangat keusahawanan Siswa

7 Oktober 2019 – PKKSSAAS UPM, Berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa 2019 dengan jayanya di Dewan Besar UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Kamel Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama adalah Prof. Datin Paduka Dato. Dr. Aini Ideris Naib Canselor UPM.

Bulan Keusahawanan Siswa 2019 merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah inisiatif untuk menyemarakkan lagi semangat keusahawanan di dalam seluruh ekosistem IPT negara kita.

Pada tahun 2019 Bulan Keusahawanan adalah bertemakan merealisasikan aspirasi dan potensi keusahawanan melalui tema ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sebagai job creator.

Pelaksanaan program ini juga adalah selari dengan aspirasi pelajar dan sistem di bawah pelan pembangunan pendidikan malaysia (pendidikan tinggi) dan objektif Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

Semasa majlis ini berlangsung terdapat juga pameran produk pelajar daripada beberapa IPT yang terpilih bagi menyemarakkan dan memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa 2019 antaranya produk yang dipamerkan adalah makanan dan hiasan seni lukis.

Date of Input: 16/10/2019 | Updated: 16/10/2019 | akma

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDcVAn~