Pertandingan Hikayat Cerita Rakyat | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» AKTIVITI » Pertandingan Hikayat Cerita Rakyat

AKTIVITI

Tajuk Acara
Pertandingan Hikayat Cerita Rakyat
Tarikh
30 Mar 2021 - 30 Mar 2021
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
live FB PKKSSAAS
Ringkasan Acara
PERHATIAN!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM akan menganjurkan program Pertandingan Hikayat Cerita Rakyat.
Pertandingan ini terbuka kepada ANAK-ANAK STAF UPM sahaja dan terbahagi kepada dua kategori iaitu :
Kategori/Tahap 1 : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 9 tahun - Darjah 1 hingga 3
Kategori/Tahap 2 : Kanak-kanak berumur 10 tahun hingga 12 tahun - Darjah 4 hingga 6.
KAEDAH PERTANDINGAN:
- Setiap peserta perlu membuat persembahan seperti monolog bercerita atau lain-lain bentuk persembahan berdasarkan kisah hikayat cerita rakyat secara kreatif melalui rakaman video berdurasi tidak lebih 3 minit
- Contoh cerita yang boleh dijadikan pilihan dan rujukan adalah seperti :
• Bangau Menipu Ikan
• Belalang dengan Semut
• Burung Gagak dan Ketitir
• Guri Emas
• Katak Betina yang Sombong
• Katak Puru dengan Lembu
• Pokok Bunga Misteri
• Sang Buaya Ditimpa Pokok
• Si Bongkok Lupa Diri
• Tali Pinggang Raja Sulaiman
• Tiga Ekor Ayam
• Tikus Bermesyuarat
• Tiung Melarikan Kalung; atau mana-mana cerita rakyat yang dianggap sesuai dan tidak diubah keaslian cerita asalnya.
- Setiap penyertaan perlu menghantar Video Rakaman/persembahan melalui emel kepada risanuddin@upm.edu.my selewat-lewat pada 23 Mac 2021
- Pengumuman pemenang akan dikeluarkan di FB Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM pada 30 Mac 2021 jam 3.00 Petang.
---------------------------------------------------------------
Syarat pertandingan adalah seperti berikut :
a) Peserta diberi masa tiga (3) minit sahaja
b) Peserta hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul
c) Peserta boleh memakai kostum yang bersesuaian dan menggunakan props yang ringkas
d) Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu politik, ras dan agama
e) Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:
• Menyentuh isu-isu politik seperti ras, agama dan politik
• Membaca teks cerita atau bahan rujukan
• Dibantu oleh orang lain.
f) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan.
g) Sekiranya berlaku keputusan seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:
• Teknik persembahan
• Penghayatan cerita
• Bahasa dan pertuturan
-------------------------------------------------------------
Format Pemarkahan :
Isi Cerita : 20%
Tatabahasa : 20%
Gaya Persembahan : 20%
Suara : 20 %
Kreativiti : 20%
-------------------------------------------------------------
Untuk keterangan lanjut, bolehlah terus menghubungi Encik Risanuddin Fahmy di talian 014-5229976.
Sekian buat makluman dan perhatian.
Terima kasih.

Kemaskini:: 24/02/2021 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEYWAn~