Kelab Band Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» KELAB KESENIAN » Kelab Band Putra

Kelab Band Putra

 

Band Putra telah ditubuhkan pada awal tahun 1997 dan tujuan penubuhannya ialah untuk membuat persembahan muzik dan nyanyian dalam pelbagai majlis yang dianjurkan oleh UPM. Keahlian Band Putra ini terdiri daripada staf, pelajar, alumni dan individu yang berminat dalam bidang muzik dan nyanyian.

Penubuhan Band Putra bukan sahaja menarik minat dan mengasah bakat warga kampus dalam bidang nyanyian dan muzik, tetapi juga mengupayakan PKKSSAAS menyediakan perkhidmatan kebudayaan yang bertaraf profesional kepada penganjur sama ada bagi program UPM ataupun agensi luar. Secara puratanya, Band Putra berjaya menerima tempahan perkhidmatan kebudayaan lebih daripada lima belas jemputan setahun untuk pelbagai majlis makan malam, majlis hi-tea, konsert, konvokesyen, persidangan, seminar, karnival dan lain-lain program korporat yang berkaitan.

Sekiranya mana-mana PTJ atau agensi atau individu yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dan persembahan Band Putra, sila hubungi:

Nor Ilmie Nazarudin
Artis Budaya
norilmie@upm.edu.my
+6 03-9769 7013

dan sila muat turun borang permohonan perkhidmatan kebudayaan seperti di bawah dan kemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada PKKSSAAS melalui email norilmie@upm.edu.my

atau hantar terus ke kaunter Dewan Besar PKKSSAAS UPM

Kemaskini:: 06/08/2020 [akma]

PERKONGSIAN MEDIA

C1596868715