Kelab Teater Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» KELAB KESENIAN » Kelab Teater Putra

Kelab Teater Putra

Bermulanya dengan Pesta Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang Pertama di Bukit Ekspo pada tahun 1977, timbul inisatif di kalangan kakitangan UPM dalam usaha untuk mengenengahkan bakat seni lakon mereka khususnya dalam bidang teater. Maka atas hasrat tersebut Kelab Teater UPM ditubuhkan dengan nama Kelab Teater UPM (KTUPM).

Pada masa itu, keahlian dalam kelab ini adalah dibuka untuk kakitangan UPM dan diletakkan di bawah pengendalian Encik Nordin Kardi iaitu Pegawai Tadbir dari bahagian Hal Ehwal Pelajar. Penglibatan sulung KTUPM dalam bidang seni teater dimulakan dengan membawa karya Azimat sebagai penyertaan untuk jemputan Pesta Drama dan Teater Inter-Varsiti Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga berlangsung pada tahun tersebut. Karya Azimat ini juga memperlihatkan Encik Nordin Kardi sebagai sutradara yang pertama dalam sejarah awal Penubuhan KTUPM.

 Menyedari kegiatan teater mula mendapat tempat di hati kalangan staf UPM, KTUPM telah melakukan penstrukturan semula organisasinya pada 1 November 1981 dengan tujuan menjadikan teater salah satu aktiviti riadah di kalangan staf UPM. Tuan Hj. Md. Said Hj. Nordin telah dilantik selaku Pengarah teater sebagai ketua.

Dengan penstrukturan semula ini juga KTUPM telah ditukar imejnya menjadi Group Teater UPM (GTUPM) dengan gabungan ahli iaitu Tuan Hj. Md. Said Hj. Nordin, Encik Saheh Said, Encik At Ziafrizani Chek Pa, Puan Farah Alia Abu Bakar, Puan Nettylina Abu Bakar, Encik Amirul Ariffin, Encik Sharifuddin Mohd Yusof, Tuan Hj. Muhammad Mohd. Yusof, Encik Razali Othman, Encik Nor Bakri Ibrahim, Encik Mohd Zaini Badrom, Encik Mohd Riduan Dollah, Encik Muhammad Mokhtar Abd. Rahman, Encik Badril Baharom, Encik Hakam Abdullah, Encik Said Osman, Encik Mohd Alauddin abu Ghani dan Puan Hasmah Dain.

 Pada Jun 2010 GTUPM telah ditukarkan kembali namanya kepada Kelab Teater Uniputra UPM. Penubuhan kelab Teater Uniputra telah dihidupkan semula dengan penglibatan staf dan pelajar UPM. Bermulanya semangat baru apabila PKKSSAAS telah mengadakan pertandingan Manifestasi Teater Terbuka 2010. Hasil dari program tersebut keinginan untuk mengenengahkan teater mula membara sehingga ke tahun 2011 kelab Teater Uniputra telah mencipta sejarah PKKSSAAS dengan mementaskan Teater Fragment Jiwa Merdeka, dengan melibatkan 50 (lima puluh) ahli yang terdiri daripada pelajar dan staf beraksi dalam pementasan teater tersebut. Kelab Teater Uniputra telah berkembang sehingga ke hari ini dengan menerima tempahan seperti mengadakan pelbagai bentuk pementasan teater seperti pentomen, puisidra dan monodrama.

KLIK UNTUK BOOKLET PKKSSAAS

 

 



 

 

Kemaskini:: 27/06/2019 [kamarulhelmy]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566329861