Celik Seni Budaya | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE pkkssaas
» ART CULTURE HERITAGE » ART CULTURE DEVELOPMENT » Celik Seni Budaya

Celik Seni Budaya


Celik Seni Budaya (CENDEKIA)

Celik Seni Budaya (CENDEKIA) merupakan inisiatif PKKSSAAS yang menjadi panduan hala tuju bagi tempoh 2026–2030 dalam memperkasakan seni budaya dan warisan melalui pendekatan Budaya Nilai Tinggi. Berteraskan enam (6) teras utama PKKSSAAS, CENDEKIA dilaksanakan selaras dengan aspirasi True North UPM dan Pelan Strategik UPM bagi melahirkan warga universiti yang menghargai kepelbagaian budaya, memiliki jati diri yang kukuh serta menghayati nilai warisan sebagai sebahagian daripada kehidupan kampus.

Melalui inisiatif ini, PKKSSAAS melaksanakan Jelajah CENDEKIA ke sembilan (9) kolej kediaman UPM, membawa sesi perkongsian dan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai asas seni, budaya dan warisan Malaysia. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali kepelbagaian adat, amalan dan nilai budaya masyarakat di negara ini, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan bangsa.

CENDEKIA bukan sekadar program penyampaian ilmu, malah menjadi platform membina persefahaman, saling menghormati dan menghayati kepelbagaian budaya dalam kalangan warga kampus. Apabila setiap individu memahami adat dan budaya masyarakat lain, sebuah komuniti kampus yang lebih harmoni, inklusif dan bersatu dapat dibentuk, selaras dengan aspirasi UPM untuk melahirkan graduan yang holistik, berbudaya dan berdaya saing.


 

 



Updated:: 07/08/2026 [kamarulhelmy]

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (09:15:35am-09:20:35am, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]