UPM perkasa bakat seni generasi muda menerusi Festival Tari Irama Malaysia 2026
Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pentas pengembangan bakat seni generasi muda menerusi penganjuran Festival Tari Irama Malaysia: Edisi Arena 2026 yang menghimpunkan 19 kumpulan tarian daripada sekolah dan universiti, sekali gus menyemarakkan usaha memelihara warisan budaya negara.
Festival anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) serta Badansa Troupe itu mengetengahkan tema ‘Akar Tradisi, Gerak Kontemporari’.
Tema tersebut menggabungkan keindahan seni tari tradisional dengan pendekatan persembahan moden bagi memastikan warisan budaya terus dekat dan relevan dengan generasi muda.
Updated:: 12/08/2026 [kamarulhelmy]

43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.