Semarak Merdeka | SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE pkkssaas
» ART CULTURE HERITAGE » ART CULTURE REINFORCEMENT » Semarak Merdeka

Semarak Merdeka

Semarak Merdeka

Semarak Merdeka merupakan program tahunan anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena sambutan Bulan Kebangsaan. Program ini dilaksanakan sebagai platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara serta menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam mencapai dan mempertahankan kemerdekaan Malaysia.

Selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan warga kampus yang berjati diri, berintegriti dan bersatu padu, Semarak Merdeka menghimpunkan warga UPM daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) melalui pelbagai aktiviti berteraskan seni, budaya dan warisan. Antara pengisian utama program ialah Pertandingan Sayembara Puisi Inter-PTJ, Pertandingan Koir Inter-PTJ dan Kibar Jalur Gemilang. Program yang dianjurkan bukan sahaja menjadi medium ekspresi seni, malah menyemai semangat cintakan negara serta memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan warga universiti.

Melalui pendekatan yang kreatif dan inklusif, Semarak Merdeka diharap dapat meningkatkan penghayatan terhadap erti kemerdekaan, menggalakkan penglibatan aktif warga UPM dalam aktiviti kebudayaan serta membentuk komuniti kampus yang patriotik, harmoni dan menghargai kepelbagaian budaya sebagai asas kekuatan negara.

  

 

Updated:: 07/08/2026 [kamarulhelmy]

MEDIA SHARING

SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ARTS AND CULTURAL CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 6040
+603 - 9769 6040
X, (09:32:30am-09:37:30am, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]