Amal Seni Kreatif 2013 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Amal Seni Kreatif 2013

Amal Seni Kreatif 2013

Bengkel Lukisan yang dikendalikan oleh En Azizi


UPM, Serdang – Program Amal Seni Kreatif (ASK 2013) merupakan anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM dengan kerjasama Fakutli Bahasa Moden dan
Komunikasi UPM telah diadakan pada 25-28 April 2013 bertempat di Dewan Besar PKKSSAAS UPM Serdang.

 


Bengkel Mencanting Batik


Antara pengisian yang menarik ialah Pertandingan Mewarna, Pameran Seni Lukis, Canting Batik, Bengkel Kraf Kayu, Bengkel Lukisan dan Demonstasi Kraf Tangan dari Perkampungan Orang Asli Pualu Carey, Klang Selangor. Turut diadakan adalah persembahan Konsert Orkestra UPM daripada Jabatan Muzik Fakulti Ekologi UPM.


Bengkel Kraf Tangan Oleh Orang Asli Kampong Pulau Carey, Klang Selangor


Majlis Perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM iaitu YBhg. Prof. Dr. Muhammad Shatar Sabran dan YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM.

 Penganjuran bertemakan “Ciptaan Agung Bangsa Melayu” itu telah diisi dengan pelbagai acara seperti pameran senjata tradisional dan tekstil.


Persembahan Konsert Orkestra dari Jabatan Muzik Fakulti Ekologi UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETNAn~