Anugerah Gemilang Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Anugerah Gemilang Putra

Anugerah Gemilang Putra


Majlis Gemilang Putra dan Sambutan hari Pekerja 2014

Dewan Besar PKKSSAAS UPM Serdang, 15 Mei 2014 Tiga majlis serentak diadakan iaitu Majlis Gemilang Putra, Sambutan Hari Pekerja 2014 dan Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2014. Inisiatif yang diambil oleh pihak penganjur sememangnya amat bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia  yang menggalakkan penjimatan dalam pelaksanaan majlis rasmi. Ia juga selari dengan hasrat universiti dalam pelaksanaan organisasi kejat di UPM, iaitu dengan menggunakan tenaga kerja secara optimum dan mengurangkan pembaziran sumber seperti tenaga kerja, masa dan wang ringgit.

Majlis yang diraikan begitu signifikan kerana ia memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada bakat (talent) di kalangan warga UPM yang telah menunjukkan pencapaian berkualiti dan berprestasi tinggi serta kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada universiti. Ini diharap dapat menjadi pencetus dan pembakar semangat untuk  sama-sama meneruskan kesinambungan budaya prestasi tinggi dalam mencapai misi dan visi UPM.

Anugerah Tokoh Pekerja terbahagi kepada 3 bahagian.  YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, telah dipilih sebagai  penerima Anugerah Tokoh Pekerja, Bahagian Pengurusan dan Profesional (Akademik),  Tuan Hj. Ruslan Mohammad untuk Bahagian Pengurusan Profesional (Bukan Akademik) manakala En. Yap Keng Chee telah dipilih sebagai penerima anugerah dari Bahagian Pelaksana.

Seramai lapan (8) kakitangan menerima Anugerah Jasamu Dikenang yang dikhususkan kepada  pegawai yang telah meninggal dunia pada tahun 2013, seratus dua puluh dua (122) menerima Anugerah Jasa Putra kepada pegawai yang telah bersara, tiga puluh (30) menerima Anugerah Setia Putra kepada pegawai yang telah berkhidmat untuk tempoh 20 tahun dan empat (40) menerima Anugerah Bakti Putra kepada pegawai yang telah berkhidmat untuk tempoh 30 tahun di UPM. Lima ratus dua (502) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013.

Tiga orang kakitangan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menerima anugerah masing-masing dalam majlis berkenaan.  En. Ngadimin Beni yang akan bersara pada tahun ini telah menerima 2 anugerah iaitu Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.   En. Anan Kamarudin juga telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.   Manakala Tuan Hj. Anuar Hj. Ahmad, Pengarah PKKSSAAS yang telah berkhidmat selama 30 tahun di UPM telah dianugerahkan Anugerah Bakti Putra.





Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETJAb~