Asasi Education Fair 2019 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Asasi Education Fair 2019

Asasi Education Fair 2019


Serdang, 27hb Februari 2019 - Pameran Asasi Education Fair 2019 dengan tema  "Towards a Better Future" telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30petang. Program pameran pendidikan melibatkan semua Fakulti di UPM termasuk Pusat Asasi Sains Pertanian.

Sebanyak 13 buah fakulti, Bahagian Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, WAZAN, Koperasi UPM, Persatuan Silat Cekak, Unit Kaunseling dan Kerjaya turut bersama-sama dalam porgram ini.

Matlamat utama program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar ASPer dan orang awam tentang program-program pengajian yang ditawar oleh UPM telah berjaya dilaksanakan melalui beberapa aspek seperti taklimat, penerangan di booth dan oleh Alumni program dalam perkongsian pembelajaran.

Pihak penganjur juga amat berbesarhati di atas kunjungan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang turut hadir serta sudi menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah basikal kepada pelajar.

Amat bermanfaat dan memberi impak tinggi kepada para pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi 2018 dan juga kepada bakal pelajar SMP, STPM yang sedang mencari tempat untuk meneruskan pengajian.

Semoga program in dapat dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang.

Tarikh Input: 01/03/2019 | Kemaskini: 03/04/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUCAs~