Bengkel Asas Nyanyian Bersama Hazami | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Bengkel Asas Nyanyian Bersama Hazami

Bengkel Asas Nyanyian Bersama Hazami

SERDANG – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Asas Nyanyian Bersama Hazami pada 24 Mac 2018 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Bengkel tersebut telah mencapai objektifnya iaitu memberikan pendedahan dan perkongsian ilmiah dariapada selebriti tanah air iaitu Hazami. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang sangat baik. Para peserta terdiri daripada pelajar IPTA, IPTS, staf UPM dan orang awam.


“Saya percaya dengan permulaan yang sangat baik ini, pasti akan diteruskan pada masa hadapan. Mudahan program-program sebegini mampu memberikan impak yang positif kepada para peminat dan melahirkan penyanyi yang berkemahiran tinggi”.  Kata Tuan Haji Anuar Haji Ahmad, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

 

Tarikh Input: 29/03/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUFAj~