Bengkel Pengukuhan Pasukan PKKSSAAS UPM | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Bengkel pengukuhan pasukan PKKSSAAS UPM

Bengkel pengukuhan pasukan PKKSSAAS UPM


Bengkel Pengukuhan Pasukan PKKSSAAS UPM 17 Dis 2015, Serdang - Bengkel Pengukuhan Pasukan Staf, PKKSSAAS, UPM telah berjaya diadakan pada 13 - 15 Disember 2015 di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 21 orang staf termasuk Pengarah , Tuan Hj. Anuar Hj. Ahmad telah mengikuti program 3 hari 2 malam ini dan program telah berjaya mencapai objektifnya iaitu :




i. Memupuk hubungan yang lebih kukuh dan kesepaduan di antara ahli pasukan; ii. Meningkatkan penglibatan, komitmen dan motivasi ahli secara berpasukan; iii. Mewujudkan suasana harmoni di dalam pasukan; iv. Bekerja dengan budaya kerja berprestasi tinggi; dan v. Bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan yang ampuh dalam mencapai visi organisasi. Beberapa slot menarik telah berjaya diadakan. Antaranya ialah `Slot Pekak Ke Tidak’ (Whisper Challenge), `Wet Telematch’, `Treasure Hunt’ dan `Sesi Perkongsian Seni Budaya’. Beberapa keping foto semasa program berlangsung telah turut diselitkan untuk perkongsian.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETMAz~