Festival Gasing 2013 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Festival Gasing 2013

Festival Gasing 2013

UPM, Serdang – Program Festival Gasing 2013 merupakan program anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM Serdang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Persekutuan Gasing Malysia (PEGAMA) diadakan pada 30 November 2013 dan 8 Disember 2013 bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM Serdang.




Program tersebut diserikan lagi dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu Cik Heliza Helmi selebriti Akademi Fantasia musim ke-5. Turut menyerikan ialah persembahan daripada kumpulan tarian Permata iaitu
kumpulan tarian yang diilhamkan oleh Isteri Perdana Menteri Malaysia. Antara pengisian program tersebut ialah pertandingan gasing peringkat kebangsaan, bengkel, pameran dari Muzium Negara dan persembahan kebudayaan dan kesenian. Majlis utama pada malam kemuncak ialah penyerahan gasing polimer UPM kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara seterusnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Gasing polimer UPM akan digunakan oleh pelajar sekolah diseluruh Negara.



Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, YBhg. Prof. Dr. Muhammad Shatar Sabaran, Timbalan Naib Canlselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni UPM dan YBrs. Encik Sabri  Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat dan Seni Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
B1566328077