Hijrah Ramadhan | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Hijrah Ramadhan

Hijrah Ramadhan

UPM, Serdang – Bersempana bulan Ramadhan yang mulia, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia menganjurkan Program Hijrah Ramadhan yang merupakan program berbentuk khidmat komuniti yang julung-julung kali diadakan.

 



Program bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil telah berlangsung selama dua (2) hari bermula 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan 1434H  staf dan sukarelawatn program telah bersama-sama berkunjung ke Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil dan pada 18 Julai 2013 bersamaan 9 Ramadhan 1413H pihak Universiti Putra Malaysia menerima kunjungan daripada Rumah Anak-Anak Yatim dan
Miskin Taman Baiduri Dengkil dan melakukan aktiviti yang telah disusun dengan pengisian yang dapat menyuntik semangat dan kecekalan anak-anak ini untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Antara slot pengisian yang telah disusun adalah segmen “Muhasabah Ramadan” dikendalikan oleh Puan Noorizai Hj. Mohamad Noor, Ketua Bahagian Jaminan Kualiti Pejabat Pendaftar UPM, segmen “Hebatnya Adik-Adikku” dikendalikan oleh Puan Rafidah Sadaruddin, Ketua Seksyen Bimbingan dan Kaunseling Pejabat Pendaftar UPM, “Jom Explore” segmen yang memberi pendedahan kepada anak-anak
yatim/miskin berkenaan perkhidmatan dan kepakaran UPM dalam penyelidikan agrotani dan perubatan.



Program Hijrah Ramadan turut diserikan dengan penampilan selebriti jemputan iaitu kumpulan Okay Raja Lawak musim ke-7. Program ini dihadiri oleh tetamu kehormat; YBhg. Prof. Dr. Muhammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.



“Program ini akan dijadikan program khidmat masyarakat (Community Social Responsibility) tahunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan program ini mampu menjadi sebuah program yang mencerminkan imej Universiti sebagai sebuah institusi yang sentiasa mendokong hasrat murni kerajaan untuk bersama-sama membantu kerajaan menganjurkan  aktiviti kerohanian dan tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat membangunkan sahsiah diri disamping mengelakkan aktiviti yang tidak berfaedah dikalangan para remaja yang kurang bernasib baik.” (Kata YBhg. Tuan Hj. Anuar Hj. Ahmad, Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,UPM).


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUUAq~