UPM, Serdang : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial, PKKSSAAS telah menganjurkan program Hijrah Ramadhan 2016 pada 18 Jun 2016 (13 Ramadhan 1437H). Program yang bertemakan “Warna Warni Ramadan” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam itu adalah program tahunan anjuran PKKSSAAS. Tahun ini yang merupakan tahun ke-4 telah diraikan bersama dengan Anak-anak Yatim dari Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Olak Lempit, Banting, Selangor Darul Ehsan.
Warga PKKSSAAS sentiasa prihatin dalam melaksanakan Program CSR (Khidmat Komuniti) walaupun sibuk dengan tugas seharian dan kali ini berpeluang menceriakan anak-anak yatim di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan di samping mengeratkan hubungan sesama kakitangan. Sesi perkongsian ilmiah juga telah sempat diberikan kepada anak-anak ini.
Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada Bahagian Kaunseling UPM, Kolej Canselor dan Alumni UPM kerana telah turut menyumbang tenaga demi menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang.
~Jazzakallahukhair~
"Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak".
untuk gambar klik sini
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.