Hijrah Ramdhan 2015 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Hijrah Ramdhan 2015

Hijrah Ramdhan 2015


UPM, Serdang : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial, PKKSSAAS telah menganjurkan program Hijrah Ramadhan 2015 pada 27 Jun 2015 (10 Ramadhan 1436H) sebagai khidmat komuniti. Program yang bertemakan “Warna Warni Ramadan” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam itu adalah program yang telah berjaya dianjurkan buat kali ke-tiga.



Seramai 30 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil Selangor Darul Ehsan telah sempat diraikan dalam program tersebut. Antara pengisian program adalah `Jom Explorasi’ di Muzium Anatomi Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Acara solat terawih berjemaah dan Malam Keriangan Ramadhan juga turut diadakan.



Dalam ucapannya, Pengarah PKKSSAAS melahirkan rasa syukur kerana dapat meraikan anak-anak yatim berkenaan serta berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berusaha untuk memberikan pendedahan yang bermakna dalam kehidupan mereka.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdBAj~