Karnival Kebudayaan - True Colors Of Culture | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Karnival Kebudayaan - True Colors Of Culture

Karnival Kebudayaan - True Colors Of Culture


Serdang - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah menganjurkan Karnival Kebudayaan UPM `True Colors of Culture 2015’ pada 23 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi - 11.00 malam ini melibatkan pelajar yang mengambil komponen kebudayaan Kursus Kokurikulum Berkredit iaitu Pengurusan Majlis, Pengurusan Pentas, Kraftangan, Vokal Asas, Caklempong, Batik Canting, Seni Tari Melayu dan Kompang pada semester kedua sesi 2014/2015.
Antara pengisian yang menarik adalah seperti pertandingan seni tari, bengkel kesenian, permainan tradisional, pameran dan persembahan Malam Kemuncak Program `True Colors of Culture 2015’ yang menggabungkan persembahan kesenian Melayu di kalangan pelajar dan staf PKKSSAAS.





Turut memeriahkan program adalah pelajar sekolah dari sekitar Taman Seri Serdang dan Putrajaya iaitu Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1). Tetamu kehormat adalah YBhg. Dato’ Zulkifli Zain, Timbalan Pengarah Pertubuhan Warisan Seni Tari dan Muzik Melayu. Tokoh lagu rakyat iaitu Saudara Roslan Madun dan penyanyi Haziq AF juga turut memeriahkan Malam Kemuncak tersebut. Semoga program ini dapat memberi pendedahan berbentuk kesenian dan kebudayaan kepada mereka.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaFAr~