Kempen Anti Dadah Peringkat Negeri Selangor | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kempen Anti Dadah Peringkat Negeri Selangor

Kempen Anti Dadah Peringkat Negeri Selangor


PKKSSAAS, UPM  -  Sabtu, 23 Februari 2019 Majlis perasmian bulan Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor.  Kempen Anti dadah yang berlangsung ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata sebanyak 15 lokasi dikenalpasti kawasan berisiko tinggi (KBT) penyalahgunaan dadah di Selangor termasuk Semenyih, Kajang, Bandar Ampang dan Batu 9, Cheras. Selain kawasan tersebut, Sungai Besar, Rawang, Selayang, Gombak, Pandan Indah, Bangi, Serdang, Pandamaran, Bandar Klang dan Petaling Jaya Selatan turut dikenalpasti sebagai kawasan berisiko.

Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta melalaui belanjawaan 2019 dalam usaha mengekang dan menangani isu penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Bulan Anti dadah Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.


Menurut statistik daripada AADK jumlah penyalahgunaan  dan penagih dadah di Selangor adalah seramai 14,556 menjadikan ia negeri keempat tertinggi di negara ini.

Bagaimanapun jika dibandingkan dengan jumlah di Selangor, ratio sebanyak 0.23% menjadikan Selangor berada di kedudukan ke 13 di Malaysia.

“Namun begitu saya tidaklah memandang remeh isu dan masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini kerana hingga hari ini ia menjadi satu ancaman besar kepada negara”

“Ia melibatkan pelbagai lapis masyarakat merentasi umur, jantina, taraf pendidikan serta sosio ekonomi dan ini menunjukkan bahawa setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah, ”katanya.


Satu projek rintis juga perlu dilaksanakan bagi membersihkan KBT secara total untuk dijadikan contoh kepada pelaksanaan program pemutihan kawasan-kawasan berisiko dadah yang lain.

“Pendekatan secara holistik dan inklusif perlu ditekankan dalam mempergiat penyertaan komuniti dan kolaborasi pelbagai pihak dalam membentuk yang aktif dan berdaya huni bagi mewujudkan kualiti persekitaran setempat yang aman dan selamat,” katanya.

Tarikh Input: 27/02/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZCAz~