Kursus Audio Sistem Siri 1 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kursus Audio Sistem siri 1

Kursus Audio Sistem siri 1


12 Februari 2015 - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menganjurkan Kursus Asas Sistem Audio bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS. Kursus ini bertujuan memberikan pengenalan kepada peserta terhadap peralatan asas sistem audio, fungsi audio dan asas penyambungan sistem audio.




Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan peserta terpaksa dihadkan kepada 50 orang sahaja. Pegawai-pegawai terlatih daripada ASTRO iaitu Encik Noruddin bin Mohammad dan Encik Mohd Faizal bin Ismail telah dijemput sebagai Penceramah. Mereka merupakan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang penyiaran dan broadcasting.



Para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang adalah termasuk staf UPM, kakitangan kerajaan dan orang awam. Di akhir kursus para peserta diharapkan dapat mengendali dan mengaplikasi teknik dan kaedah yang tepat berkenaan sistem audio. Berdasarkan sambutan, PKKSSAAS akan mengadakan Kursus Asas Sistem Audio Siri 2 untuk memberi peluang kepada mereka yang masih berminat. Kursus seterusnya dijangka diadakan pada bulan Mac 2015. Tarikh sebenar akan dimaklumkan di laman facebook PKKSSAAS, UPM dan Buletin UPM.

Tarikh Input: | Kemaskini: | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEYAAI~