Kursus Fotografi | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kursus Fotografi

Kursus Fotografi


25/7/2018 Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan Bengkel Fotografi  untuk warga  PKKSSAAS dan sesiapa yang baru terlibat di dalam bidang fotografi serta mereka yang ingin mengenali kamera dan fotografi digital.


Peserta akan diperkenalkan kepada kamera digital, istilah-istilah lazim fotografi serta teknik dan kemahiran asas mengambil gambar. Justeru itu pihak kami menjemput En. Mozaid Idris Ahli Fotografi Pejabat Pendaftar, UPM sebagai tenaga pengajar.


Tenaga pengajar yang berpengalaman menjadi nilai tambah kepada kursus ini dengan perkongsian aliran kerja, pengalaman, tips serta penyelesaian masalah kerja. Beliau  menekankan kepada tiga perkara asas iaitu:

  1. Shutter Speed
  2. Aperture
  3. ISO


Beliau memulakan kursus dengan;

– Pengenalan: Kenali kamera dan fotografi

– Asas pengendalian kamera

– Kenali lensa serta cara pengendalian

– Kenali Mode Dial – Kenali Shutter Speed, Aperture dan ISO

– Menyukat (metering) cahaya dan memahami exposure

– Memilih dan memfokus subjek

White Balance


Semoga apa yang disampai akan memberi manfaat kepada kami semua. PKKSSAAS mengucapkan ribuan terima kasih pada beliau.

 

Tarikh Input: 26/07/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaDAt~