Kursus Kepuasan Pelanggan 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Kursus Kepuasan Pelanggan 2018

Kursus Kepuasan Pelanggan 2018

PKKSSAAS, 22 JAN 2018 – Bertempat di foyer Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Pelanggan yang dianjurkan oleh PKKSSAAS, UPM.

 
Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan mutu serta khidmat pengurusan pelanggan kepada staf-staf di PKKSSAAS. PKKSSAAS telah menjemput Puan Fatimah Abdul Samad daripada Seksyen Pemasaran dan Penjenamaan, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM selaku penceramah. Kursus memberikan penekanan terhadap pengurusan pelanggan di kaunter dimana ia merupakan imej dan tanggapan pertama pelanggan terhadap sesebuah PTJ. Kursus dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir sekitar 2 jam kemudian.

         


Sejajar dengan hasrat universiti  bagi memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan, diharap kursus ini dapat memberikan kesedaran kepada semua staf di PKKSSAAS dan sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari dapat diterapkan dalam kerja seharian dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan-pelanggan PKKSSAAS.   

Tarikh Input: 24/01/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
B1566328527