Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2019 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2019

Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2019

14 Januari 2019, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM berlangsungnya Majlis Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Tahun 2019.

Lebih 3,000 orang terdiri daripada warga kementerian, agensi di bawah kementerian, pemimpin industri, pertubuhan bukan kerajaan dan exco pendidikan kerajaan negeri hadir untuk mendengar pembentangan hala tuju Kementerian Pendidikan.

Bertemakan ‘Pendidikan untuk Semua’, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membentangkan hala tuju Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menambah baik corak pembinaan bangsa melalui pendidikan.

Majlis diadakan buat julung kali di bawah pentadbiran kerajaan baharu dan susulan penggabungan dua kementerian yang dahulunya dikenal sebagai KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 yang sulung ini, selain menyentuh cabaran mendepani pendidikan dalam menuju Wawasan 2020, Maszlee turut mengumumkan beberapa perkara penting.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Dr Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris.

Ketika berucap, Maszlee mengumumkan lima inisiatif mengurangkan beban guru iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, pengurusan data dan sistem dalam talian, sekolah merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid, penyeragaman borang dan proses pemantauan serta penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah.

“Kelima-lima inisiatif ini akan berkuatkuasa serta-merta. Saya menyeru semua pihak daripada pelbagai bidang dan kemahiran untuk bersama-sama membantu menjayakan semua ini.

“Saya turut mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu bersama dalam agenda pembinaan bangsa menerusi pendidikan,” katanya.

 

Tarikh Input: 15/01/2019 | Kemaskini: 27/02/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEULAI~