Majlis Gemilang Putra 2015 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Gemilang Putra 2015

Majlis Gemilang Putra 2015


23/04/2015 Dewan Besar, PKKSSAAS UPM Serdang sekali lagi mengadakan Majlis Gemilang Putra (MGP). MGP ini merupakan penghargaan dan meraikan warga UPM yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan memberikan komitmen yang tinggi menerusi penyampaian beberapa anugerah. Adalah diharapkan melalui anugerah-anugerah yang diberikan mampu menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada penerima khususnya dan staf lain amnya untuk terus meningkatkan kualiti tadbir urus sebagaimana digariskan dalam Matlamat 5, Pelan Stategik UPM 2014-2020.

Kesemua anugerah yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan adalah Anugerah Jasa Mu Dikenang yang dikhususkan kepada 14 pegawai yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada tahun 2014. Seterusnya adalah Anugerah Jasa Putra yang telah diberikan kepada 166 pegawai yang telah bersara. Anugerah Setia Putra turut diberikan kepada 24 pegawai yang telah berkhidmat selama 20 tahun dan Anugerah Bakti Putra kepada 89 pegawai yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Dalam majlis ini juga, seramai 495 pegawai telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014.

Majlis telah turut menyaksikan 7 kakitangan PKKSSAAS menerima anugerah masing-masing. En. Nga Bidin Hassan dan En. Adnan Kamarudin menerima Anugerah Jasa Putra manakala Anugerah Bakti Putra telah diberikan kepada En. Mohammad Mokhtar Abdul Rahman. Pengarah PKKSSAAS, Tuan Hj. Anuar Hj. Ahmad dan 3 kakitangan lain iaitu En. Rosley Abd. Hamid, Pn. Siti Hajar Sulaiman dan En. Rahim Hamid telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima!

Tarikh Input: | Kemaskini: | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdSAO~