Majlis Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2019 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2019

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2019


03/05/2019 - Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM sekali lagi menyaksikan berlangsungnya Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2019 secara serentak.  Naib Canselor UPM,  Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  kepada jawatankuasa terlibat di atas inisiatif penganjuran majlis yang amat bermakna buat warga UPM.  Beliau percaya majlis ini memberi erti yang mendalam kepada Universiti dan warganya, di mana komitmen serta pencapaian cemerlang warga universiti dirai dengan pengiktirafan dan penghargaan. 

 


Sambutan Hari Pekerja 2019 UPM diraikan dengan tema “Pekerja Amanah Aspirasi  Negara”.  Ini adalah tema Hari Pekerja pada tahun ini peringkat negara. YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad berucap ketika hadir di Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya . Tema ini menekankan bagaimana kita rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.

 


Majlis telah turut menyaksikan tiga (3) kakitangan PKKSSAAS menerima anugerah masing-masing iaitu En. Rosley Abd. Hamid, En. Muhammad Mokhtar Abdul Rahman dan Tn. Hj. Anuar Hj. Ahmad menerima Anugerah Jasa Putra (Bersara) manakala Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 telah diberikan kepada En. Muhammad Mokhtar Abdul Rahman.

 


Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah!

Tarikh Input: 07/05/2019 | Kemaskini: 21/05/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUPAW~