Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming X | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming X

Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming X

SERDANG - Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming ke-10 telah diadakan di Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 6hb Oktober 2018 iaitu hari Sabtu yang lepas.

 


Penganjuran Homecoming ini bertujuan untuk menambah dana bagi kempen sumbangan Kebajikan Pelajar seperti mana yang dihasratkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tuanku Canselor UPM yang mana baginda mencadangkan agar setiap alumni boleh menyumbang RM10.00 sebulan.


Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris.

 
Dalam ucapannya, beliau memanjatkan kesyukuran kerana di bawah ‘Alumni Passion and Compassion Initiatives’, UPM telah berjaya mengumpul sebanyak RM10,004,069.77 daripada pelbagai individu, alumni, agensi korporat dan Persatuan Alumni.

 

“Sifat kedermawanan alumni dituntut bagi menjayakan inisiatif tersebut.


“Ia merupakan satu jenama yang bertujuan memperuntukkan biasiswa atau bantuan insaniah kepada pelajar kurang mampu, bantuan permulaan pendidikan dan memberi hadiah atau anugerah kecemerlangan akademik kepada pelajar,” katanya.


Pada majlis tersebut juga, diadakan acara penyampaian anugerah alumni yang terdiri dari 5 kategori iaitu Kategori Anugerah Mutiara Alumni, Anugerah Perkasa Alumni, Alumni Bakti Alumni, Anugerah Apresiasi Alumni dan Penghargaan Jasa Alumni. Anugerah ini telah diberikan kepada 24 orang alumni yang menyumbang bakti kepada UPM dan negara.


Dalam majlis yang sama, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor berkenan untuk melancarkan Majalah Alumni ‘Serdang Sun' Edisi Khas DiRaja serta acara penyampaian 'Mock cheque' sumbangan kutipan daripada Chapter Alumni, Sektor Korporat, Sektor Swasta dan Sektor Awam kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor.


Turut hadir, Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari.

Tarikh Input: 11/10/2018 | Kemaskini: 11/10/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEaHA1~