Majlis Perhimpunan Perdana CUEPASC Bersama PM | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Perhimpunan Perdana CUEPASC Bersama PM

Majlis Perhimpunan Perdana CUEPASC Bersama PM

UPM SERDANG 25/3/2019: Perdana Menteri berharap penjawat awam boleh bersabar dalam menghadapi kesusahan dan bersedia untuk ‘mengikat perut’ bersama demi mengembalikan kesejahteraan negara.


Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, usaha tersebut penting kepada langkah pemulihan ekonomi negara, yang seterusnya membuka laluan kepada kegemilangan Malaysia di persada dunia

Katanya, peralihan kuasa politik daripada kerajaan lama kepada Malaysia Baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu tidak mencukupi dalam usaha mengatasi hutang negara yang mencecah RM1 trillion, sebaliknya ia perlu kerjasama daripada semua pihak.

"Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.

“Amatlah penting, penjawat awam faham sejarah kita dan apa yang sedang dilakukan oleh pemerintah yang baharu ini, supaya mereka dapat menghulurkan kerjasama yang erat demi kepentingan negara (dan) supaya negara kita ini akan berada sekali lagi ke arah negara maju pada 2025,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri, di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Isnin.


Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

“Tuan-tuan, saya harap kita boleh bersabar. Hari ini pun telah kita berjaya kurangkan hutang. Tapi untuk hapuskan hutang sebanyak RM1 trilion bukanlah mudah.

“Seluruh anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita boleh bayar hutang. Lepas hutang langsai, barulah kita boleh belanja,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersama Perdana Menteri di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Katanya, kerajaan sedang merangka banyak rancangan dan proses pemulihan sedang berjalan dengan baik, dan ekonomi negara pastinya akan pulih sekurang-kurangnya dalam jangka masa  tiga tahun.

Jelas Dr Mahathir, apabila hutang negara sudah berjaya dilunaskan maka pendapatan akan meningkat dan itu boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kos sara hidup rakyat di semua peringkat sektor.


Susulan itu, katanya kerajaan mengalu-alukun sikap Cuepacs yang tidak bertindak ganas sehingga membolehkan hubungan yang erat terus terjalin dengan pihak pemerintah.

“Inilah cara kita bukan dengan ganas, dengan tindakan liar yang boleh rosakkan negara kita. Kalau sudah rosak, sudah tentu kita tidak akan ada wang yang cukup untuk menampung pendapatan penjawat awam.

“Negara kita aman dan stabil dengan itu kita boleh usaha untuk memulihkan negara dengan usaha yang boleh membuahkan hasil dengan cepat,” katanya.

Tarikh Input: 27/03/2019 | Kemaskini: 03/04/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZUAP~