Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H Peringkat UPM 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H peringkat UPM 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H peringkat UPM 2018


Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, 11 JULAI 2018 : Majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2018 yang diadakan di Dewan Besar, PKKSSAAS telah berlangsung meriah dengan tema baju raya berwarna warni.


Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang itu dihadiri oleh warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelbagai juadah enak disediakan termasuk Nasi Briyani, Laksa Johor, Laksa Penang, Lemang, Serawa Durian, Kuih Apam Balik dan Air Batu Campur.


Pada masa sama, majlis turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali dan juga majlis sambutan hari lahir staf yang lahir pada bulan Julai.


Acara dimeriahkan lagi dengan pertandingan pakaian tercantik dan cabutan bertuah.


Kesempatan itu turut diambil oleh pihak warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk beramah mesra dengan tetamu bagi mengeratkan lagi silaturahim serta mengukuhkan perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan pangkat yang hadir.

Tarikh Input: 07/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDcSAz~