Majlis 'Young Olympian Nite' Sekolah Sukan Bukit Jalil | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Majlis 'Young Olympian Nite' Sekolah Sukan Bukit Jalil

Majlis 'Young Olympian Nite' Sekolah Sukan Bukit Jalil

20 Mei 2017 (Sabtu) di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM telah berlangsung Majlis "Young Olmpian Nite"  Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi menghargai kejayaan dan kecemerlangan pencapaian atlet murid dalam arena sukan negara. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis turut dihadiri YB, Prof. Dr. Ir-Ing. Ir. Renuganth Verantharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian Malaysia di pentas sukan antarabangsa pada hari ini dan pada masa akan datang banyak bergantung kepada atlet-atlet muda negara. Lantaran itu usaha memacu atlet-atlet muda ini untuk menjadi atlet yang bersemangat waja, berjiwa kental, berjati diri dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.



Sehubungan itu, penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur (SSBJ) sejak dua puluh tahun yang lalu sememangnya berpaksikan kepada hasrat negara yang inginkan  nama Malaysia megah di arena sukan global. Terbukti , dalam tempoh dua puluh tahun ini, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dilakarkan. Dari sukan bertaraf kampung hinggalah ke podium Olimpik, atlet SSBJ berjaya menempah nama dan seterusnya mengharumkan nama negara tercinta.

Tarikh Input: 23/05/2017 | Kemaskini: 09/08/2017 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdJAZ~