Malam Tunas Budaya UPM 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Malam Tunas Budaya UPM 2018

Malam Tunas Budaya UPM 2018

Serdang, 30 Sept - Pada hari Ahad yang lalu, program Malam Tunas Budaya (MTB) 2018 yang ke-19 telah diadakan dengan penuh gilang gemilang di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah.

 

Program ini telah dipertandingkan mengikut gabungan kolej-kolej kediaman. Pelajar-pelajar yang menyertai MTB ini merupakan pelajar tahun pertama yang baru mendaftar pengajian mereka di UPM pada awal September yang lepas.

 


Tema Malam Tunas Budaya ke-19 adalah CITRA WARNA MALAYSIA kerana pada hari tersebut merupakan sambutan hari Malaysia serta sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

 

Pada program ini, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris telah dijemput sebagai tetamu VVIP. Turut serta adalah Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Prof. Dr. Sidek, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-kolej Kediaman serta beberapa pegawai daripada Bahagian hal Ehwal Pelajar.

 


Keputusan pertandingan Malam Tunas Budaya 2017 adalah seperti berikut :

 

Johan                                                  :         Gabungan K10 dan K11

Naib Johan                                          :         Gabungan KC dan K6

Ketiga                                                 :         Gabungan KTP dan K13

Anugerah Pengarah Bersama Terbaik        :         Gabungan K10 dan K11

Anugerah Kreativiti Terbaik                      :         Gabungan KC dan K6

Anugerah Teknikal Terbaik                      :         Gabungan KTP dan K13

Anugerah Vokal Terbaik                          :         Gabungan K10 dan K11

Anugerah Tarian Terbaik                         :         Gabungan KC dan K6

Anugerah Penataan Audio Terbaik             :         Gabungan K17

Publisiti Kecerian Terbaik                        :         Gabungan K12 danK15

 

Tarikh Input: 02/10/2018 | Kemaskini: 06/10/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUBAg~