Meet ANWAR @ UPM : Dialog Mahasiswa Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Meet ANWAR @ UPM : Dialog Mahasiswa Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Meet ANWAR @ UPM : Dialog Mahasiswa Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

10 Disember 2018, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, buat julung kalinya, program Meet Anwar @UPM : Dialog Mahasiswa telah diadakan hasil gabungan daripada Kolej Pendeta Za'ba,  Kolej Mohamad Rashid dan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar (BHEP) selaku penganjur bersama.


Program ini telah membuka ruang kepada para mahasiswa untuk mengajukan soalan kepada Y.B Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang isu-isu terkini serta perkara-perkara yang menjadi tanda tanya. Program ini juga telah memberi ruang untuk beliau beramah mesra bersama semua hadirin yang hadir pada malam itu.

Antara soalan yang ditanyakan oleh peserta pada program tersebut iaitu isu berkaitan Pinjaman Tabung Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), had umur mengundi 18 tahun, ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), politik kampus dan beberapa soalan berkaitan isu-isu semasa.

Seramai 2,000 pelajar dari pelbagai fakulti memenuhi ruang dewan besar PKKSSAAS, dialog itu turut dihadiri Naib Canselor UPM, YBhg. Prof Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti  Y.A.M Tengku Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail.

Program selama dua jam yang bermula pukul 9 itu ditamatkan tepat jam 11 malam.

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Kolej Pendeta Za'ba dan Kolej Mohamad Rashid kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 20/12/2018 | Kemaskini: 20/12/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
C1571688539