Mengeratkan Silaturrahim Sesama Warga | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Mengeratkan silaturrahim sesama warga

Mengeratkan silaturrahim sesama warga


Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, 24 Jun 2019 : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UPM 2019 yang diadakan di Dewan Besar, PKKSSAAS.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata, majlis itu amat bermakna kerana merupakan peluang bagi seluruh warga UPM berkongsi kegembiraan sambil mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

“Semangat muafakat seperti ini seharusnya tidak terhad kepada sambutan hari perayaan sahaja, malah patut terus diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau juga berkata semua warga UPM perlu sama-sama berusaha dan meraikan kejayaan-kejayaan universiti di masa hadapan.

“Kejayaan universiti adalah usaha kolektif semua warga UPM dan keikhlasan usaha kita akan mendapat keberkatan serta mengangkat imej universiti ke tahap lebih tinggi,” katanya.


Majlis itu turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Universiti, pegawai-pegawai kanan universiti, alumni, pesara, pegawai-pegawai, staf serta pelajar UPM.

Pelbagai jenis makanan dan minuman dihidangkan untuk tetamu.  Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu dan jemputan yang lengkap berpakaian baju tradisional Melayu seperti baju kurung, kebaya dan baju Melayu.

Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti majlis sambutan hari lahir warga UPM, cabutan bertuah dan anugerah busana tercantik.  – UPM

sumber: CoSComm

Tarikh Input: 10/07/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUDAy~