Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018

8 Ogos 2018 – Bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, telah berlangsung sebuah program sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dimana ianya merupakan sebuah program anjuran bersama Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Pusat Kesihatan Universiti, UPM serta turut disokong oleh Hospital Andorra dan Majalah Pa & Ma.

           

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia telah disambut sejak 1992 dimana ianya disambut pada minggu pertama Ogos setiap tahun dengan tujuan memartabatkan penyusuan susu ibu disamping memperingatkan mengenai kepentingan amalan itu kepada generasi masa kini.

           

Program bermula pada 9.00 pagi dengan dirasmikan YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas  Binti Yacob yang merupakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan juga merupakan Alumni UPM. Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program berlangsung antaranya Fit by Beat,sesi interaktif bersama Majalah Pa & Ma, pameran, cabutan bertuah serta sembang santai mengenai topik penyusuan ibu  bersama Dr. Ezani Md Monoto, Juara Rancangan Masterchef Malaysia.

       

Program tamat sekitar jam 12.30 dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada kakitangan UPM, pelajar serta masyarakat setempat.

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZVAj~