Minggu Perkasa Putra Pelajar Baharu 2019 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Minggu Perkasa Putra Pelajar Baharu 2019

Minggu Perkasa Putra Pelajar Baharu 2019


Minggu Perkasa Putra (MPP) merupakan minggu orientasi yang dilaksanaknan khusus untuk pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai struktur pentadbiran yang digunakan di UPM ini. Disamping untuk mengenalkan kepada pelajar mengenai sistem-sistem dan proses-proses yang perlu dilalui oleh semua pelajar UPM sepanjang bergelar mahasiswa di UPM ini. MPP ini dijalankan selama 6 hari bermula pada 1 September 2019 (Ahad) hingga 6 September 2018 (Jumaat).

 

 

Program sepanjang MPP ini dijalankan di Dewan Besar UPM selama tiga hari dimana pelbagai taklimat perkaitan UPM diberikan di sini. Selain itu, pelbagai aktiviti di Fakulti dan kolej juga dijalankan sepanjang MPP berlangsung sesi suai kenal seperti pada tahun-tahun yang lalu.

 


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu UPM, hargailah harapan ibu-bapa anda untuk melihat kejayaan anda empat tahun lagi dengan segulung ijazah yang bakal diperolehi nanti.

   
   

 

Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUVAR~