New International Students Welcoming Programme 2020 (NISWP 2020) | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » New International Students Welcoming Programme 2020 (NISWP 2020)

New International Students Welcoming Programme 2020 (NISWP 2020)

 

29/2/2020 Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM,  telah berlangsungnya New International Students Welcoming Programme 2020  (NISWP 2020).  Program ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan pelajar antarabangsa baharu dan telah dirasmikan oleh  Prof.  Dr. Zainal Abidin Talib, Pengarah NISWP. Manakala Tuan Haji Rosdi Wah dan Puan Fairuz Muchtar Bawaze  telah  dijemput untuk memberi taklimat mengenai hal-ehwal akademik dan Pusat Antarabangsa khususnya serta  UPM  secara keseluruhannya.



 

Program setengah hari ini telah dihadiri oleh semua pelajar antarabangsa di peringkat  pra dan pasca siswazah.  Adalah diharapkan Program ini dapat memberikan informasi berguna yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa seperti hal-ehwal akademik, pas visa dan keselamatan.



 

Program yang dijadualkan seminggu sebelum perkuliahan bermula telah dipinda tarikh berikutan dengan langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan COVID-19 yang telah diambil oleh UPM.

 


Tarikh Input: 09/03/2020 | Kemaskini: 11/03/2020 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUUAM~