Penanaman Padi Yang Lebih Cekap Dan Produktif | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Penanaman padi yang lebih cekap dan produktif

Penanaman padi yang lebih cekap dan produktif


6/8/2019 PKKSSAAS UPM - Telah berlangsung Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh  Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mempertemukan pesawah padi dan ejen pengembangan bersama pakar padi dari seluruh Malaysia.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang turut dihadiri oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.


Antara objektif Persidangan  adalah untuk memberikan pendedahan kepada pesawah padi dan ejen pengembangan dengan teknologi terkini dalam aspek agronomi dan pengurusan sawah yang berkesan serta memberikan peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman teori dan praktikal tentang penanaman padi yang cekap dan produktif.


Pembentangan oleh pakar bidang agronomi dan pengeluaran padi,  perkongsian kejayaan oleh ikon pesawah padi, forum industri padi dan beras negara, klinik pakar pertanian dan pameran produk inovasi pertanian dari berbagai agensi adalah sebahagian aktiviti yang telah dijalankan.


Pesawah padi di Malaysia sudah semakin hebat sekarang.  Mereka bukan sahaja boleh menjadi tenaga pengajar kepada pelajar2 dalam jurusan Pertanian di Universiti, malah  sudah mampu untuk menjadi pembentang kertas kerja yang baik.

Syabas . . . !

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUIAr~