Penghargaan Audit Indeks Akauntabiliti | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Penghargaan Audit Indeks Akauntabiliti

Penghargaan Audit Indeks Akauntabiliti

3 September 2018, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Penarafan Lima Bintang Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2018 oleh Bahagian Audit Dalam.


Pengiktirafan lima bintang yang julung-julung kali diterima ini menunjukkan PKKSSAAS di bawah kepimpinan Pengarah, Tuan Haji Anuar Haji Ahmad berjaya mengurus kewangannya dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti.


Audit ini telah dilaksanakan pada 14 Mei 2018 dan tujuan pengauditan dijalankan adalah bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta rekod berkaitan diselenggara dengan lengkap dan kemaskini.


Pencapaian ini adalah hasil kerjasama, kesedaran dan komitmen semua warga PKKSSAAS, terutamanya kesungguhan Pengarah PKKSSAAS yang sentiasa menitik beratkan ketelusan dan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan, amalan mengambil tindakan segera dan menepati masa dalam menjalankan tugasan.  


Pengarah PKSSAAS berharap agar pengiktirafan ini akan memberi semangat kepada warga PKKSSAAS untuk terus berusaha membudaya dan mengekalkan kecemerlangan ini.


TAHNIAH Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM mendapat penarafan 5 BINTANG dalam Anugerah Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan PTJ Tahun 2018.  Diharap semua warga PKKSSAAS akan terus cemerlang bersama menempa pelbagai lagi kejayaan selaras dengan inspirasi sebagai Universiti Pertanian di Malaysia dan juga di rantau ini.


Tarikh Input: 19/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdPAF~