Penyertaan Zafina Paling Ramai Di UPM Catat MBOR | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Penyertaan Zafina paling ramai di UPM catat MBOR

Penyertaan Zafina paling ramai di UPM catat MBOR


Dewan Besar, PKKSSAAS UPM  14 September 2019, Sebahagian peserta yang terlibat dengan persembahan tarian kecergasan Zafina paling ramai dalam MBOR di Serdang dekat sini, hari ini.


Sebanyak 6,278 orang meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai membuat persembahan kecergasan Zafina.

Zafina adalah senaman aerobik berasaskan tarian zapin.

Para peserta terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kampus universiti itu di Serdang dekat sini, hari ini.

Aktiviti tersebut diadakan bersempena Hari Kokurikulum UPM.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar universiti itu serta kumpulan Zumba Fitness.


Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berharap program sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Tarikh Input: 24/09/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEZGAv~