Peperiksaan Akhir Pelajar PKP Bangi | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Peperiksaan Akhir Pelajar PKP Bangi

Peperiksaan Akhir Pelajar PKP Bangi


5 Ogos 2018 - Peperiksaan akhir semester 2 sesi akademik 2017-2018 pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) telah dijalankan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia pada  4 dan 5 Ogos 2018.


PKP merupakan sebuah pusat yang memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan merupakan laluan alternatif untuk memperolehi ilmu dan meningkatkan penyertaan masyarakat yang berkerjaya.  Pusat ini menawarkan pelbagai program fakulti yang berkualiti dengan kos yang kompetitif untuk memberi ruang dan peluang kepada para eksekutif swasta, pegawai sektor awam, para guru dan golongan yang bekerja amnya untuk melanjutkan pelajaran di pusat menara gading terkemuka negara tanpa meninggalkan pekerjaan masing-masing.


Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang telah mengambil peperiksaan dan semoga hasrat kerajaan dan salah satu teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara - Melangkaui Tahun 2020 iaitu untuk `Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat’  akan tercapai.

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEYLA6~