Perhimpunan Usahawan Kecil Nasional | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Perhimpunan Usahawan Kecil Nasional

Perhimpunan Usahawan Kecil Nasional


30 November 2015 (Isnin,) Serdang - Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS , UPM telah menyaksikan seramai 2500 orang usahawan pekebun kecil seluruh Malaysia berhimpun bagi menjayakan Perhimpunan Pekebun Kecil Nasional 2015. Perhimpunan selama dua (2) hari yang bermula pada 28 November 2015 (Sabtu) telah berakhir dengan jayanya. Program merupakan anjuran RISDA dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.



Program turut diserikan dengan acara Bicara Minda oleh selebriti terkenal tanah air. YBhg. Datuk Rosyam Noor berkongsi pengalaman dan inspirasi melalui slot Bicara Minda Usahawan 1 : `Transformasi Minda Usahawan’. Manakala En. Amin Idris, Personaliti TV Al-Hijrah telah memukau hadirin dengan Bicara Minda Usahawan 2 : `Magnet Keusahawanan’ .




Majlis Penyampaian Mock Cheque peruntukan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Pembangunan Usahawan RISDA 2016, Penyampaian Sijil Pelantikan Usahawan Vendor & RisSMArt, Penyampaian Sijil Pengiktirafan Inovasi Usahawan dan Majlis Pelancaran Laman Sesawang Usahawanrisda.com telah turut diadakan.

Tarikh Input: | Kemaskini: | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXDdIA3~