Persatuan Alumni PALAPES U-PUTRA Dilancar | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Persatuan Alumni PALAPES U-PUTRA dilancar

Persatuan Alumni PALAPES U-PUTRA dilancar

SERDANG, 9 Dis – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) berlangsungnya Persatuan Alumni Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) U-PUTRA (ALPUTRA) dilancarkan sebagai wadah perjuangan untuk menyumbang khidmat bakti kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), masyarakat dan negara.

Ia dilancarkan oleh Kolonel (Kehormat) Angkatan Sukarela Persekutuan Komandan PALAPES UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris yang juga Naib Canselor UPM pada majlis makan malam PALAPES UPM di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia, bekas-bekas pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), pengurus, ketua jurulatih, pegawai dan para jurulatih UPM. 

Penubuhan ALPUTRA itu juga bertujuan menghubungkan alumni PALAPES dan alumni KOSASS kepadaalma mater, mengumpulkan kepakaran ahli dalam pelbagai bidang untuk memberi manfaat kepada ahli dan universiti, serta bertindak sebagai pendorong dan pendokong kepada PALAPES dan Univerisiti dalam menjayakan  aktiviti yang dijalankan oleh Kolej dan Universiti.   

Perjumpaan Alumni PALAPES UPM itu yang julung kali diadakan bertujuan mengumpul semua alumni PALAPES Darat dari ambilan 1 hingga 36, dan PALAPES Laut dari ambilan 1 hingga 11. Dianggarkan seramai 3,000 alumni PALAPES UPM telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari 1982 hingga 2017.

Pada majlis itu, ALPUTRA menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada UPM untuk aktiviti mahasiswa terutamanya PALAPES UPM.

ALPUTRA juga berhasrat menumbuhkan Yayasan ALPUTRA pada masa depan. - UPM

Tarikh Input: 19/12/2017 | Kemaskini: 19/12/2017 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUHAL~