Pertandingan Festik 2017 | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pertandingan Festik 2017

Pertandingan Festik 2017

KMR Johan  FESFIK 17

UPM, Serdang – FESFIK 2017 yang merupakan anjuran majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2016/2017 dan Pihak Pengurusan Kolej Mohammad  Rashid telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 18-21 April  yang  bertempat di  dewan-dewan Fakulti Sains untuk malam tayangan.  Manakala, pada 23 April  pula merupakan malam anugerah FESFIK 17  bertempat di Panggung Percubaan UPM.Pada malam yang gemilang itu,  sebanyak16 anugerah berserta 3 tempat terbaik dipertandingkan dan turut hadir kemajlis ini ialah Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM).


Filem Ingénue karya Anak Seni Pertama Production oleh KMR telah dinobatkan sebagai Johan  FESFIK 17 diikuti oleh filem Kilan daripada Kolej  12sebagai Naib Johan dan Momank(Mak Oh Mak Aku Nak Kahwin) Kolej 14  tempat ketiga.            

Tidak dilupakan, filem Ingénue juga meraih 3 anugerah lain iaitu Anugerah Pilihan Penonton, Anugerah Sinematografi Terbaik dan juga  Anugerah Arahan Terbaik.   

Diharapkan, warga  KMR dapat mencipta lagi sejarah pada tahun-tahun akan datang. Syabas diucapkan!

 

Tarikh Input: 29/03/2017 | Kemaskini: 10/08/2017 | kamarulhelmy

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEURAv~