Pesta Beyond 2018, Briged Putra | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Pesta Beyond 2018, Briged Putra

Pesta Beyond 2018, Briged Putra


Universiti Purta Malaysia (UPM) Serdang, berlangsungnya  acara jamboree dwitahunan terbesar iaitu Pesta Beyond 2018 dari 18 hingga 24 Ogos 2018. Penganjuran kali ini mengumpulkan lebih 2,300 ahli seluruh Malaysia dan luar negara antaranya Indonesia, Hong Kong dan United Kingdom. Acara jamboree ini adalah yang terbesar dalam sejarah Boy’s Brigade atau BB.


Penekanan kemahiran luar bilik darjah yang holistik menjadikan unit beruniform BB terus cemerlang sejak ia diperkenalkan di negara ini 72 tahun lepas.


Timbalan Naib Presiden Boy’s Brigade Malaysia, Nicholas Yeap berkata teras bidang kesukarelawanan yang diterapkan di dalam diri setiap ahlinya, membantu membentuk jati diri individu yang seimbang.


“BB fokus kepada kemahiran yang menyeluruh termasuklah kemahiran interpersonal, kesukarelawanan, kemahiran komunikasi, kemahiran bersukan, kepimpinan dan pelbagai kemahiran yang tidak dapat diperoleh di dalam bilik darjah,” katanya pada program di UPM baru-baru ini.


BB diperkenalkan di negara ini sekitar tahun 1946 dengan penubuhan kumpulan atau ‘Company’ pertama di Pulau Pinang, seterusnya di Kuala Lumpur pada 1954.


Sehingga kini, BB sudah melatih lebih 100,000 remaja berumur antara 5 hingga 17 tahun dan mempunyai lebih 650 sukarelawan menerusi 120 kumpulan di seluruh negara.


Acara yang berlangsung di UPM  ialah Pertandingan pancaragam, kawad kaki, nyanyian, acara explorace dan pelbagai lagi.

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETXAP~