PKKSSAAS Terima Dua Ahli Baharu | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » PKKSSAAS terima dua ahli baharu

PKKSSAAS terima dua ahli baharu

Oleh    : Amirul Iskandar Abdul Razak

SERDANG – Seluruh warga PKKSSAAS mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kehadiran dua staf baharu, iaitu Encik Risanuddin Fahmy selaku Penolong Jurutera dan Encik Amirul Iskandar sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi).

Encik Risanuddin Fahmy


Ketua Seksyen Kebudayaan PKKSAAS, En. Khairul Dainiel Zainal Abidin berkata, Encik Risanuddin Fahmy mula melapor diri pada 15 November 2019 dan beliau pernah bertugas sebagai Penolong Jurutera di Syarikat Daikin Research & Development Malaysia Sdn. Bhd.”

Encik Amirul Iskandar


“Beliau akan ditempatkan di Unit Pengurusan Fasiliti dan Teknikal PKKSSAAS, dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas teknikal terutamanya dalam memastikan fasiliti dan alatan kelengkapan acara termasuk penyelenggaraan diuruskan dengan cekap dan berkesan”, katanya.

Beliau berkata, Encik Amirul Iskandar mula bertugas di PKKSSAAS pada 2 Januari 2020 dan beliau pernah berkhidmat di Fakulti Pertanian, UPM di bawah Unit Inkubasi Usahawatani selama dua tahun. Beliau akan ditempatkan di bawah Seksyen Pentadbiran dan Korporat, PKKSSAAS.

Dengan penerimaan dua ahli baharu ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan staf PKKSSAAS sebanyak 17 orang yang berfungsi terhadap dua seksyen dan tiga unit dalam struktur pentadbiran PKKSSAAS. Semoga dengan kehadiran mereka akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan PKKSSAAS, dan sekaligus bersama-sama memupuk budaya kerja yang lebih cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Tarikh Input: 12/06/2020 | Kemaskini: 17/06/2020 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETJAk~