Program Kursus Teknikal Pencahayaan Pentas | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Program Kursus Teknikal Pencahayaan Pentas

Program Kursus Teknikal Pencahayaan Pentas


14/01/2015 Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah menganjurkan Kursus Teknikal Pencahayaan Pentas bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua staf mengenai teknik dan teknologi terkini



mengenai pencahayaan pentas. Ia juga bertujuan meningkatkan kepakaran staf teknikal khususnya dan memberi pendedahan kepada staf PKKSSAAS yang lain untuk mengenali dan memahami serba sedikit teknik dan prinsip pencahayaan pentas.
Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Anuar b. Hj. Ahmad, Pengarah PKKSSAAS. Penceramah jemputan adalah Encik Sahat Amin yang merupakan Usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri. Beliau adalah pemegang High National Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan pernah berkhidmat di beberapa stesen TV awam dan swasta. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Pencahayaan Kanan di stesen TV ASTRO dan meletak jawatan setelah berkhidmat selama 28 tahun di stesen TV tersebut. Kepakaran beliau turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila beberapa kali dijemput mengendalikan kursus pencahayaan kepada produksi TV luar negara termasuk Mauritius Broadcasting Corporation (MBC), Hanoi TV Vietnam dan Doordashan TV di New Delhi.



Kursus yang berakhir pada jam 4.30 petang itu diharapkan dapat memberi input dan idea baru kepada semua staf yang terlibat dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja masing-masing.

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
+603 - 9769 7328
B1566328813