Rakaman Manhajj Mutawwif | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Rakaman Manhajj Mutawwif

Rakaman Manhajj Mutawwif


17 Januari 2019, Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM berlangsungnya rakaman program realiti televisyen pencarian mutawiff episod ke tiga. 'Manhajj Mutawwif' kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan pembaharuan dan elemen segar. Penerbitnya, Ustaz Abd Halim Ikhsan beritahu semua yang musim terbaharu ini lebih menarik kerana melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Para peserta mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Untuk musim kedua, program ini menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa.

Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Seperti musim lalu, para peserta bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya.

Mereka membuat persembahan dan dalam masa sama sebagai bahan pembelajaran kepada penonton.

Program ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan tentang kerjaya mulia seorang mutawif yang membantu melancarkan urusan umrah dan haji. Ia bakal ditayangkan bermula 29 Januari 2019 di saluran Astro Oasis dan Maya HD.

Tarikh Input: 29/01/2019 | Kemaskini: 27/02/2019 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXETGAM~