Sambutan Ke 40 Tahun Graduan UPM | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Sambutan ke 40 tahun Graduan UPM

Sambutan ke 40 tahun Graduan UPM

30/7/2017 - PKKSSAAS, Dewan Besar UPM telah berlangsungnya `Hi-Tea ALUMNI Batch 77’ sebagai sambutan ke-40 tahun Graduan UPM 1977.  Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang  dengan sesi pendaftaran telah  turut dibantu oleh Sekretariat Pusat Alumni (PAUPM).

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Program dan tetamu jemputan.  Sesi memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa kepada semua tetamu dan tayangan slaid yang memaparkan gambar-gambar kenangan di alam pelajar juga  turut diadakan.  

PAUPM dan ALUMNI Batch 77 juga telah membuka gerai-gerai jualan dan pameran (booth) untuk tetamu.  Kumpulan Gamelan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salauhuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) juga telah turut mengadakan persembahan semasa sesi jamuan minum petang.

Tarikh Input: 02/08/2017 | Kemaskini: 07/08/2017 | akma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUHAE~