Semarak Seni Dikir Barat | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» BERITA » Semarak Seni Dikir Barat

Semarak Seni Dikir Barat


17 November 2013 (Ahad) 8.00 malam - 11.30 Malam Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM, Kelab Dikir Barat Uniputra  UPM dengan kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia dan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Karnival Cik Siti Wan Kembang : Semarak Seni Dikir Barat 2013.

Acara ini telah dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar, UPM.  Turut menyerikan majlis ialah Yang Berusaha Encik Mohd Nasir Mohd Nor, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Cik Zarina Mohd Nor, selaku setiausaha Persatuan Seniman Malaysia juga turut memberi sokongan penuh pada program tersebut dan wakil Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan iaitu Encik Suhaimi Ibrahim.

Program ini dimulai dengan acara saringan pertandingan dikir barat seramai lima kumpulan mengambil bahagian iaitu kumpulan Taboh Pendeta Junior (USIM), Kumpulan Taboh Pendeta (USIM), Kumpulan Kijang Mas (UPM), Kumpulan Wira Gempita (UPNM) dan Kumpulan Pasak Pendita (UITM).  Antara juri profesional pertandingan dikir barat terbuka UPM iaitu Encik Arimi Mohd Zin, Encik Suhaimi Ibrahim dan Encik Asrul Faizal Kamaruzaman. Malam kemuncak program digempakkan dengan persembahan dari kumpulan singa dari Singapura yang mana membawa kelainan dalam tradisi persembahan dikir baratnya.  Acara  diteruskan dengan persembahan gabungan persembahan gabungan dari kumpulan pengiat-penggiat dikir barat Kelantan dan gabungan pelajar Kolej 13 yang turut memeriahkan persembahan pada malam kemuncak tersebut. Acara diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.

Juara pertandingan dikir barat terbuka UPM telah disandang oleh Kumpulan Taboh Pendeta Junior (USIM)membawa pulang wang tunai sebanyak 3,000.00 beserta piala dan sijil, Naib Johan dimiliki oleh Kumpulan Taboh Pendeta (USIM)dengan membawa pulang RM2,000.00 beserta piala dan sijil dan tempat ketiga ialah Kumpulan Kijang Mas (UPM)dengan membawa RM1,000.00 beserta piala dan sijil.

Program ini bertujuan memperkenalkan dan mengenengahkan salah satu warisan seni tradisional iaitu dikir barat kepada warga universiti khususnya, dan masyarakat setempat amnya, yang akan menggabungkan beberapa kumpulan dikir barat daripada Kelantan dan jemputan khas daripada Singapura. Program gabungan kreatif ini memberi pendedahan besar kepada golongan pelajar UPM agar mengenali, menghayati, menghargai khazanah warisan bangsa  yang masih bertahan sehingga masa kini.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 - 9769 7327
603 - 9769 7327
SXEUFAV~